|
APAKAH TERAPI BIO-MAGNET ?
Terapi Bio Magnet dipercayai telah digunakan oleh masyarakat
Cina 4000 tahun dahulu. Hari ini dengan penemuan sejenis magnet yang
mempunyai ciri ciri sama seperti medan kuasa semulajadi bumi (Magnet
Neodymium) telah menjadi revolusi kepada kaedah terapi bio
magnet.
 |
"Neodymium" Magnet
semulajadi yang paling kuat yang ditemui awal tahun 80-an |
Ia merupakan cara yang paling mudah, selamat,
berkesan dan tiada kesan sampingan. Terapi Bio Magnet merangsang
medan magnet manusia melalui titik-titik saraf. Ia meningkatkan
sistem peredaran darah serta meningkatkan metabolisme dan kesihatan
badan tanpa kesan sampingan. Pertubuhan Badan Kesihatan Dunia (WHO)
telah mengeluarkan kenyataan secara formal bahawa terapi magnetik ini
tidak mempunyai sebarang risiko terhadap sistem badan manusia.
Dengan menggunakan E-Dymium Bracelet (Terapi Bio-Magnet) dapat
membantu :
o Membuang Angin/Kembung Perut
o Meningkatkan sistem peredaran darah
o Meningkatkan Metabolisme Tubuh
o Tenaga /Stamina Meningkat
o MeningkatkanTenaga Batin
o Meningkatkan kandungan Oksigen Dalam Darah
o Mengurangkan sakit Gout
o Mengawal Kesakitan & Penyakit
o Mengurangkan Kebengkakkan
o Melegakan Asthma
o Merawat Insomia/Sukar Tidur
o Tidur Lebih Lena
o Mengawal Kencing Manis
o Mengawal Darah Tinggi
o Mengurangkan Kandungan Kolesterol & Lemak
o Melegakan Senggugut
o Mengurangkan Sakit Otot/Belakang/Bahu dan Sakit Leher
o Melegakan Migrain
o Melegakan Stress
o Meningkatkan Daya Ingatan
o Daya Penglihatan Lebih Tajam
o Penghadaman Lebih Baik
o Mencegah Sembelit
o Menyahkan Toksin
Sel manusia mempunyai caj positif di bahagian
tengah dan caj negatif di bahagian luar sel, dan ia mendapat caj
semulajadi dari medan kuasa magnet bumi. Semasa sel melakukan tugasan
harian, ia kehilangan caj menyebabkan sel menjadi reput. E-Dymium
Bracelet yang mengalirkan kuasa tenaga-bio berupaya menembusi semua
peringkat dan bahagian badan melalui aliran meridian, lantas dapat sampai
pada setiap sel untuk mencaj dan membaiki semula paksi semulajadi
sel.
Berdasarkan kajian yang dibuat di USA pada tahun 1997 oleh
Dr. Carlos Valbona Baylor dari College Of Medicine, 76%
pesakit-pesakit yang dirawat menggunakan magnet-magnet tetap telah
sembuh atau kurang sakit sendi dan otot berbanding dengan
19% lagi menggunakan kaedah biasa / tradisional pesakit-pesakit.
MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH
Setiap hari jantung kita mengepam darah yang mengalir sejauh 12,000 batu
dalam badan kita. E-Dymium Bracelet membantu saluran darah menjadi
kembang, lantas meningkatkan peredaran darah yang membawa
kepada peningkatan bekalan oxygen dan khasiat penting dan
memacu rembesan semulajadi Hormon Tumbesaran Manusia yang diperlukan
untuk pembaharuan sel.
FAKTA MAGNET
Biomagnetik boleh juga digambarkan sebagai Kutub
Utara Kutub Selatan atau juga yin - yang bagi masyarakat Cina.
Persamaan dari segi konsep iaitu tarikan ion negatif dan positif.
Keseimbangan tarikan-tarikan tersebut menunjukkan kadar pH adalah
neutral manakala perubahan cas-cas tersebut membolehkan tahap keasidan
dan kealkalian ditentukan. Medan magnet menarik kutub-kutub yang berlainan.
Apabila kita meletakkan medan positif magnet dengan medan negatif magnet
maka ia akan menarik di antara satu sama lain. Secara amnya, medan
magnet berkuasa positif iaitu (P) akan menarik medan negatif bumi
iaitu kutub utara dan medan magnet berkuasa negatif
(N) akan menarik medan positif bumi iaitu kutub selatan.
Dalam kenyataan ini, penggunaan negatif adalah untuk kutub utara bumi
dan positif adalah untuk kutub selatan bumi.
Sebagai maklumat, sepatutnya yang digunakan dalam tubuh badan kita
adalah medan magnet negatif. Apabila magnet (N) ini menyentuh kulit
manusia ia dipercayai mengembangkan pembuluh darah, dengan ini darah dan
oksigen akan bertambah di kawasan aplikasi magnet. Medan positif magnet
pula apabila disentuh ke kulit manusia ianya akan menjadi merbahaya dalam
jangka masa panjang. Hanya doktor-doktor pakar yang boleh menggunakan
magnet positif untuk rawatan penyakit tertentu.
SEJARAH TERAPI MAGNET
Sejarah pernah merekodkan ahli falsafah Yunani Aristotle
pernah memperkatakan mengenai faedah terapeutik yang terdapat pada
magnet semulajadi untuk mengurangkan kesakitan dan merawat pelbagai
kesakitan. Ahli fizik Parsi juga pernah menggunakan magnet
untuk melegakan "Gout" dan kekejangan otot. Teori
di sebalik terapi magnet yang dikatakan adalah ruang magnetik atau bahan
yang boleh menghasilkan aliran elektromagnet boleh menembusi tubuh manusia
dan memberi kesan kepada fungsi sel-sel serta memperbaikkan kelancaran
sistem saraf dan organ tertentu. Pun begitu, bagaimana kuasa magnetik
bertindak terhadap semua ini tidak dapat dijelaskan secara terang dan
masih misteri.
Namun, ada beberapa hipotesis dibuat mengatakan arus elektrikal yang dijana
magnet "mengganggu" transmisi isyarat sakit ke sistem saraf
tunjang. Tanggapan lain pula mengatakan magnet meningkatkan pengaliran
darah ke sesuatu bahagian tubuh lalu menggalakkan peredaran oksigen
dan nutrien seterus mengurangkan kesakitan dan bengkak.
Terapi magnetik biasanya digunakan untuk sakit bahagian sendi dan otot
selain digunakan untuk mengurangkan sakit selepas pembedahan. Ada yang
mengatakan ia dapat mengurangkan tekanan, insomnia dan migrain disamping
melawan jangkitan dan memperbaiki ketidakseimbangan sistem saraf.
|