|
Apakah yang dimaksudkan dengan Terapi Magnet?
Terapi Magnet adalah satu kaedah terapi yang selamat, tidak memerlukan
sebarang kemasukan/prosedur khas dan ianya hanya perlu diletakkan
pada tubuh badan. Samada digunakan secara berasingan atau bagi merawat
kecederaaan, terapi magnet menyediakan kaedah rawatan yang berkesan
terhadap pengawalan kesakitan secara semulajadi dan merangkumi pelbagai
keadaan menjadikan ianya satu pilihan terkini untuk semua orang.
Ia juga membantu proses penyembuhan dan meningkatkan kualiti tidur
tanpa menjejaskan atau mempunyai kesan sampingan.
Adakah terapi ini selamat digunakan?
Ya. Terapi magnet adalah disahkan selamat. Badan Kesihatan Sedunia
( World Health Organization ) telah mengeluarkan kenyataan mengesahkan
bahawa aliran magnetik yang statik tidak menjejaskan atau memberi
risiko terhadap kesihatan pengguna. Sehingga kini tiada sebarang
laporan dikemukakan asalkan ianya dikendalikan/digunakan dengan
cara yang betul.
Ada beberapa keadaan dimana terapi magnet ini tidak boleh digunakan
iaitu mereka yang menggunakan alat bantuan 'pacemaker', defibrillator,
pam insulin atau sebarang alat implan atau ketika mengandung.
Adakah terapi ini mempunyai kesan sampingan?
Tidak.
Berapa lamakah terapi magnet ini telah digunakan?
Terapi magnet ini digunakan pertama kalinya oleh kaum China 4,000
tahun dahulu. Banyak budaya termasuk China, Greek, mesir dan Eropah
menggunakan ia sebagai kaedah rawatan, meredakan simptom dan kesakitan.
Walau bagaimanapun, saiz dan berat magnet pada masa itu menjadikan
ianya sesuatu yang sukar untuk digunakan. Namun pada hari ini, dengan
penggunaan bahan yang lebih kuat ianya meningkatkan kesedaran penggunaan
terapi ini dengan jayanya. Ianya kini telah digunakan oleh hampir
150 juta orang diseluruh dunia. Sejak tahun 1960, kajian klinikal
di Amerika Syarikat telah menunjukkan bahawa terapi magnet ini berkesan
bagi mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan. Negara Jepun dan
banyak negara Eropah timur telah menjalankan beratus kajian selama
300 tahun dan kajian ini masih diteruskan dan didapati ianya banyak
memberi manfaat secara meluas dan dalam pelbagai keadaan. Para doktor
di Amerika Syarikat telah menggunakan terapi magnet ini didalam
urusan pengendalian mereka dan didapati hasilnya terhadap pesakit
amat memberangsangkan.
Bagaimana terapi magnet ini bertindak?
Kesemua fungsi fizikal dan mental dikawal oleh aliran elektromagnetik
yang dihasilkan oleh pergerakan elektrokimia (ions) didalam tubuh
badan kita. Apabila berlaku kecederaan dan kerosakan tisu, caj ions
yang positif akan bergerak ke arah tempat tersebut, menyebabkan
kesakitan dan kebengkakkan. Bagi membolehkan kesakitan dan kebengkakkan
itu reda dan penyembuhan berlaku, aliran elektromagnetik pada tempat
tersebut perlu dikembalikan kepada keadaan sebelumnya. (Mengembalikan
imbangan)
Penggunaan aliran magnet ditempat sakit akan membantu mengembalikan
imbangan aliran ke tahap normal. Aliran magnetik ini akan menganjalkan
dinding pembuluh darah, termasuk disekitar otot dan tisu seterunya
akan meningkatkan pengaliran darah. Lebih banyak oksigen dan nutrien
akan dipindahkan ketempat yang sakit disamping toksin yang menyebabkan
kebengkakan dinyahkan. Keseluruhan proses ini mengembalikan imbangan
elektromagnetik keseluruh bahagian, meredakan kesakitan dan kebengkakkan
dan mempercepatkan proses penyembuhan.
Adakah terapi magnetik ini diiktiraf sebagai
salah satu kaedah rawatan alternatif?
Ya. Sebuah badan "National Center for Complementary and
Alternative Medicine (NCCAM)" mengklafikasikan terapi magnet
ini sebagai satu pendekatan perubatan menggunakan tenaga. NCCAM
adalah salah satu dari 27 institut dan pusat yang merangkumi "National
Institutes of Health" di Amerika Syarikat. NCCAM menyatakan
"Magnet statik telah digunakan berkurun lamanya dalam usaha
meredakan kesakitan. Pelbagai laporan telah dikemukan bahawa ramai
individu mengalami pengalaman yang ketara dalam kaedah perawatan
pada tubuh badan manusia."
Adakah terapi magnet ini menggunakan aliran yang sama seperti
talian bekalan elektrik?
Tidak. Aliran elektromagnetik yang mengelilingi talian dan alat
elektrik yang digunakan dirumah tiada kaitan langsung dengan aliran
semulajadi yang dihasilkan oleh produk terapi magnet.
Sejauh mana keberkesanan terapi magnet ini?
Merujuk kepada pakar dalam bidang ini, produk terapi ini direkacipta
dan jika digunakan dengan cara yang betul akan memberikan keberkesanan
sehingga 80% - 90%.Hakikatnya, kaedah 'Biomagnetik' ini adalah kompleks
dari kebanyakan apa yang kita rasakan. Mengetahui bagaimana ianya
bertindak dan kadar keberkesanan bukanlah perkara mudah. Ia memerlukan
kemahiran yang khusus dari rekacipta, pengeluaran dan garis panduan
kepenggunaan yang betul. E-Dymium telah mengambil langkah-langkah
yang perlu dalam setiap rekacipta dan pengeluaran bagi memastikan
keberkesanan produk terapi magnet yang disediakan kepada semua ahli
dan pelanggan bagi menghasilkan keberkesanan yang terbaik.
Apakah yang dimaksudkan dengan kedalaman penetrasi
dan kenapa ianya penting?
Kedalaman penetrasi dirujuk sebagai berapa jauh aliran magnetik
ini akan meresap ke dalam tubuh badan kita. Ianya berbeza mengikut
saiz dan kekuatan magnet. Ianya adalah penting. Kedalaman penetrasi
adalah ukuran jarak aliran magnetik yang akan memberi keberkesanan
yang ketara.
Cara terbaik bagi pengguna mengetahui sejauh
mana keberkesanan magnet itu dapat melakukan penetrasi berlandaskan
kepada beberapa prinsip asas berikut:
Aliran Magnetik akan berkurangan secara mendadak bersesuaian dengan
jarak. Lebih jauh anda dari aliran maka kadar aliran akan menjadi
lemah.
- Aliran magnetik bumi diukur pada ½ gauss (0.50 gauss).
Peraturan asas fizik dan magnet menyatakan bahawa aliran yang
kuat akan menyelubungi aliran yang lemah. Apa yang dimaksudkan
ialah jika aliran magnet itu lebih rendah dari ½ gauss
(0.50 gauss) maka ianya akan diselubungi oleh aliran magnet bumi
dan tiada sebarang kesan terhadap kesan terapi.
- Secara teknikal, magnet yang mempunyai aliran yang kuat atau
lebih dari ½ gauss barulah kesan terapi ini menjadi.
Apa yang menentukan keberkesanan produk terapi
magnet?
Untuk keberkesanan, produk tersebut mestilah mengalirkan aliran
yang cukup kuat untuk menembusi hingga ke tempat kecederaan. Seringkali
kecederaan itu hanya berada beberapa inci dibawah lapisan kulit.
Jika produk itu tidak direkacipta dengan teliti aliran magnet akan
menurun dibawah tahap terapeutik sebelum ianya sampai kebahagian
yang sakit, yang mana ianya tidak berkesan langsung.
Empat faktor menentukan kekuatan dan keberkesanan
kedalam penetrasi (berapa jauh ia boleh sampai) terhadap produk
aliran magnetik:
- Saiz magnet
- Jumlah magnet
- Polariti (negatif atau positif) menghala
ke tubuh badan
- Gauss rating pengeluar
Kesemua empat faktor mesti diambil kira dalam menentukan
keberkesanan produk terapi magnet. Edymium merupakan satu-satunya
syarikat di Malaysia yang mengambil kira akan faktor tersebut.
Apakah yang dimaksudkan dengan'gauss rating'
dan kenapa ianya banyak perbezaan diantara satu sama lain?
'Gauss rating' pengeluar merupakan jumlah tenaga aliran magnetik.
Fikirkanlah sama seperti emas dimana terdapat beberapa karat (10k,
14k, 18k, 24k). Ianya sama juga dengan magnet kerana nilai dan kualiti
yang berbeza. Lebih tinggi gred maka lebih tinggi kadar 'gauss rating'.
Terdapat tiga jenis magnet yang digunakan dalam biomagnet:
- Magnet getah yang fleksibel - seringkali dirujuk sebagai magnet
'peti sejuk', jika digunakan sebagai magnet terapi ianya perlu
lebih kuat dan tebal.
- Magnet seramik - terdiri dari kompaun yang dihasilkan dari
strontium carbonate dan serbuk ferric oxide. Magnet seramik terdapat
secara komersial dalam lingkungan 2300 gauss (grade 1), 3800 gauss
(grade 5) dan 3950 gauss (grade 8).
- Magnet Neodymium - ini merupakan magnet yang terkuat. Ia merupakan
gabungan nadir bumi, Neodymium dengan 'iron dan Boron'. Magnet
Neodymium yang komersial biasanya 10,800 gauss (grade 27) atau
11,000 gaus (grade 30). Gred yang lebih tinggi merangkumi 12,300
gauss (grade 35) dan 12,800 gauss (grade 38) boleh diperolehi
dari pengeluar khas.
Adakah 'gauss rating' merupakan petunjuk kepada
bagaimana keberkesanan sesuatu produk tersebut?
Tidak. Saiz juga adalah penting. Magnet besar mempunyai ruang yang
lebih lebar berbanding dengan bersaiz kecil. Ini bermakna ianya
boleh menyimpan tenaga secara lebih seimbang dan selaras. Namun,
'gauss rating' pengeluar bukanlah indikator utama keberkesanan magnet
tersebut.
Saya telah melihat produk dilaman web yang menyatakan
'gauss ratings' sehingga 280,000. Adakah ini dibolehkan?
Tidak. Alat / mesin MRI tidak mampu menjana tenaga sebanyak itu.
Banyak syarikat menggunakan 'gauss ratings ' pengeluar bagi menokok
tambah kekuatan magnet tersebut. Contoh, mereka mungkin menggunakan
magnet yang mempunyai 'gauss rating' 12,300, tetapi magnet yang
digunakan tersangat kecil dan hanya boleh menjana aliran yang kecil
sahaja. Ini bermakna ianya tidak dapat meredakan kesakitan anda.
Apabila anda melihat akan kadar 'gauss ratings' seperti 30,000,
100,000 dan 280,000 ini bermaksud bahawa syarikat itu mencampur
kesemua jumlah 'gauss ratings' magnet tersebut. Ini satu penyelewengan
dimana ianya tidak menggambarkan apa-apa dan ianya melanggar hukum
fizik. Jika anda ada 28 magnet dengan keupayaan 'gauss rating' 10,000
setiap satu, maka jumlah 'gauss rating' anda masih 10,000 dan bukan
280,000.
Apa yang menyebabkan produk Edymium lebih berkesan dari yang
lain?
Ianya bermula dengan keikhlasan dan keinginan kami untuk membantu
seramai mungkin terhadap pemulihan dan menikmati kehidupan dengan
sempurna. Kepakaran kejuruteraan dan pengeluaran membatasi apa yang
kami lakukan dalam industri ini. Edymium menggunakan teknologi yang
dipanggil biomagnetik bagi mengoptimakan kekuatan aliran dan penetrasi
disamping menyalurkan pemulihan ditempat yang terjejas. Tidak seperti
syarikat lain, Edymium menggunakan gred magnet yang telah melalui
ujikaji menyeluruh. Kami memastikan bahawa nada meperolehi aliran
magnet yang kuat yang boleh menyelubungi bahagian yang mengalami
kesakitan lantas menyembuhkan dengan selesa. Ini bermakna anda
perolehi:
- Keberkesanan dalam meredakan kesakitan dan kebengkakkan
- Penyembuhan yang cepat
- Meningkatkan fleksibiliti
- Mencegah dari berulang kecederaan yang sama
- Selesa dan mudah
- Peningkatan yang signifikan kearah pemulihan kesihatan
Berapa lama magnet Edymium boleh bertahan?
Magnet kita dijamin sepanjang hayat melainkan kecuaian pengguna
yang boleh mengakibatkan kehilangan kuasa magnet gauss.
Adakah terapi magnet produk Edymium berkesan
pada saya?
Kebarangkalian produk kami dapat membantu apa jua permasalahan anda.
Telah terbukti bahawa keberkesanan dirasai oleh hampir 85 hingga
90 peratus pengguna - yang mana ini lebih baik dari rekod penggunaan
perubatan di dalam pasaran.
Bagaimana boleh saya dapatkan hasil yang terbaik
dari penggunaan terapi magnet ini?
Kunci utama pada terapi ini ialah kaedah pemulihan dengan penggunaan
yang berterusan. Jika anda tidak menggunakan secara berterusan besar
kemungkinan kesakitan yang anda alami akan berulang. Kadangkala
kesakitan yang anda alami bukan datang dari tempat yang sakit itu.
Contoh, sakit dilutut mungkin terhasil dari masalah pinggul. Jika
terapi magnet tidak mendatangkan sebarang tindak balas cuba alihkan
ke bahagian lain. Terapi magnetik juga boleh diletakkan pada punca
/ tempat akupuntur. Sila rujuk pada pakar akupuntur untuk mempelajari
bagaimana anda dapat menggunakan magnet secara lebih berkesan.
Berapa cepat terapi ini bertindak?
Ini bergantung kepada keadaan serta telah berapa lama anda mengalami
kesakitan. Setiap orang akan mengalami tindak balas yang berbeza.
Secara keseluruhan mereka yang berusia akan lebih cepat terasa tindak
balas berbanding dengan orang muda. Bagi kecederaan yang serius,
kebanyakan mereka akan merasa perbezaan dalam sehari dua dan kadangkala
dalam beberapa jam atau minit. Dengan kesakitan atau keadaan yang
kronik, ianya akan mengambil masa yang lama iaitu beberapa hari
atau minggu sebelum merasai proses pemulihan tersebut.
Bila boleh saya hentikan penggunaan terapi magnetik
ini?
Walaupun kesakitan dan kebengkakkan mulai pulih, pemulihan tisu
yang rosak akan mengambil masa yang lama. (Tulang dan tisu akan
mengambil masa yang lama untuk dipulihkan) Menghentikan secara serta
merta boleh mengakibatkan kesakitan itu berulang. Sekiranya anda
berhenti menggunakan terapi magnet ini dan kesakitan berulang anda
hanya perlu menggunakannya kembali.
Bagaimana terapi magnet ini membantu dalam pemulihan
kecederaan?
Dengan cara menganjalkan kapilari dan salur pembuluh darah kecil
sekitar otot dan tisu-tisu berkaitan, darah yang mengalir kebahagian
kecederaan akan meningkat. Oksigen dan nutrien yang dibekalkan kebahagian
tersebut akan bergerak dengan pantas dan toksin pembengkakkan dinyahkan
dengan lebih berkesan.
Bolehkah aliran magnetik menembusi tulang?
Ya. Selagi magnet yang digunakan itu cukup kuat dan ianya mampu
menembusi sehingga ke tulang. Itulah juga antara saranan kami kepada
mereka yang menghidapi masalah sendi dan tulang.
Bagaimana terapi magnet memulihkan kesakitan
belakang?
Terapi magnet terbukti berkesan dalam kaedah rawatan sakit belakang
jika digunakan dengan betul. Dengan meningkatkan aliran bekalan
darah, kadar paras oksigen meningkat. Ini akan mengaktif dan menghidupkan
sel seterusnya menjana aliran caj elektrikal disekitar dan sekeliling
sel bagi mempercepatkan proses penyembuhan. Kesakitan dapat diredakan
oleh aliran negatif yang berkerja untuk mewujudkan keseimbangan
elektrokimia terhadap saraf-saraf.
Bagaimana terapi magnet meredakan kesakitan
pada sendi?
Aliran megnetik mempengaruhi tabiat sel dengan mengekang caj elektrikal
disekitar dan keseluruhan sel. Peningkatan aliran darah akan membekalkan
oksigen dan nutrien dengan mengaktifkan dan menghidupkan sel. Peningkatan
kalsium akan disalur kebahagian tersebut bagi proses baik pulih
dan perkembangan kartilaj dan pada masa yang sama mengurangkan kesakitan.
Bagaimana terapi magnet dapat memulihkan kesukaran
untuk tidur?
Terdapat dua cara, pertama bila mana suasana tidur sering terganggu
hasil dari kesakitan yang berlaku sebelumnya. Bila terapi magnet
digunakan ianya akan memperbaiki kualiti tidur dengan mengurangkan
kadar kesakitan.
'Gland pineal', yang terdapat ditengah-tengah otak, akan mengeluarkan
sejenis kimia yang dipanggil 'melatonin'. Peningkatan semulajadi
pengeluaran 'melatonin' pada sebelah petang akan membolehkan kita
mendapat tidur yang nyenyak. Kitaran ritma tidur (Circadian rhythms)
diselaras oleh 'gland pineal' yang menggerakkan aliran pengeluaran
'melatonin' sepanjang hari. 'Gland pineal' yang mengandungi kristal
'magnetite' adalah sejenis sistem magnetikal yang sensitif yang
dipengaruhi oleh aliran magnetik.Semakin kita berumur, pengeluaran
'melatonin' berkurangan, lalu menjadikan tidur malam kita semakin
sukar. Kadangkala perubahan cuaca dan lain-lain juga menyumbang
kepada kitaran tidur yang akan mengganggu tidur kita. Dengan menggunakan
aliran magnet diluaran dalam bentuk gelang, pengeluaran 'melatonin'
akan seimbang dan ritma 'circadian' akan diselaraskan.
Boleh saya gunakan magnet jika saya hamil?
Sekalipun tiada kajian menyeluruh terhadap aliran magnet ketika
mengandung. Protokol antarabangsa menyatakan bahawa magnet tidak
boleh digunakan dalam masa 3 bulan pertama semasa hamil. Untuk lebih
selamat, kami sarankan anda tidak menggunakan magnet sepanjang tempoh
kehamilan tersebut.
Bolehkah magnet menjejaskan alat surgikal atau
sebarang pemasangan dalam tubuh badan (pin / plate)?
Tidak. Pin surgikal, plate, skrew dan objek yang lain bukan magnetik
ynag terdiri dari bahan keluli tidak mengganggu gugat peralatan
tersebut.
Bolehkah gelang ini digunakan ketika beriadah?
Ya! Gelang magnet Edymium direka untuk memberikan keberkesanan sekali
pun anda aktif dan akan menyalurkan keluar aliran haba dan peluh
dengan lebih berkesan. Ini memberikan keselesaan dan mengekang peningkatan
kepanasan suhu badan. Pemakaian gelang ini mungkin boleh menghindarkan
kecederaan ketika beriadah.
|