SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB @ EDYMIUM2U.NET - PASTINYA ORI!!!

 

 
MENGENAI KAMI

Pesanan dari Pengerusi

Brig Jen (B) Dato’ Roslan Bin Abdul Rashid

E-Dymium adalah sebuah syarikat e-commerce yang sedang berkembang maju. Berteraskan kepada konsep ‘Kesihatan Untuk Semua’, E-Dymium memberikan alternatif terapi kesihatan yang sesuai dan berkesan kepada semua golongan masyarakat.

Perubahan corak kehidupan masa kini tidak memungkinkan keperluan tubuh badan kita dapat dipenuhi setiap masa. Justeru, tidak menjadi suatu yang luar biasa apabila kita mudah dihidapi pelbagai jenis masalah kesihatan. E-Dymium menawarkan produk-produk penjagaan kesihatan bukan berasaskan makanan untuk tujuan tersebut.

Tidak hanya menawarkan penjagaan kesihatan, E-Dymium juga memberi peluang menambahkan pendapatan kepada ahli-ahli yang berminat. Malahan telah ramai usahawan-usahawan berjaya yang telah lahir daripada industri e-commerce.

Dengan itu, saya mempelawa tuan-tuan dan puan-puan untuk sama-sama berkembang bersama E-Dymium. Diharapkan penyertaan tuan-tuan dan puan-puan dalam E-dymium akan menghasilkan lebih ramai lagi usahawan-usahawan e-commerce yang baru.

Selamat menuju kejayaan.

Brig Jen (B) Dato’ Roslan Bin Abdul Rashid
DPMJ PAT SDK KMN AMK BCK mpat psc S.Sa(UKM)


LATARBELAKANG PENGARAH URUSAN SYARIKAT
Edymium Network Sdn. Bhd.


CEO & Managing Director
En. Bobie Farid Shamsuddin

En. Bobie Farid merupakan seorang yang berpengalaman dalam bidang sumber manusia, khidmat pelanggan dan perniagaan. Beliau pernah berkhidmat dengan beberapa syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa. Beliau juga telah bergiat aktif dalam perniagaan berbilang tingkat. Dengan pengalaman beliau selama 15 tahun, beliau memulakan perniagaan E-Dymium Network Sdn Bhd dan motto beliau ialah "Customer is always right".


Executive Director
Puan Norhayati Husin
Bsc in Management, UM

Puan Norhayati Husin adalah penerima anugerah Pengedar Terbaik dalam salah sebuah Syarikat jualan langsung yang beliau sertai. Beliau mempunyai pengalaman hampir 10 tahun dalam bidang jualan langsung. Selain daripada itu, beliau juga mendapat pendedahan awal dalam aspek pengurusan setelah menamatkan pengajian beliau di Universiti Malaya.


Operations Director
En. Azizee Ismail

En. Azizee merupakan pesara dari Kementerian Pertahanan Malaysia. Memulakan kerjaya beliau didalam Kementerian tersebut bermula dari awal 1980-an. Semasa dalam perkhidmatan beliau di dalam bidang perakaunan, beliau lebih mengutamakan pendisplinan dari segi diri dan pengurusan. Menamatkan perkhidmatan di awal tahun 2000 dengan mengambil keputusan menceburkan diri secara sepenuhnya dalam bidang perniagaan e-commerce.


Marketing Director
En. Azhari Baharom
Bsc Hons in Statistics, UiTM

En Azhari memulakan kerjaya di Unit Epidemiologi, Kementerian Kesihatan Malaysia dan di Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Selepas itu, pada usia yang masih muda, beliau telah telah ditawarkan untuk menjadi pengarah di sebuah syarikat perundingan ekonomi yang terkenal di Malaysia. Beliau telah terlibat dalam bidang perundingan ekonomi selama lebih 10 tahun dan menjadi antara ‘top 5’ perunding ekonomi di Malaysia.

Penglibatan beliau dalam perniagaan e-commerce bermula semenjak tahun 1990’an. Atas minat yang mendalam, beliau telah meninggalkan bidang perundingan dan menjadi pengarah pemasaran bagi E-Dymium Network Sdn Bhd.


AJL No : 931707
Tarikh Lesen : 6 June 2007 - 5 June 2012
 

"KAMI TELAH MEYAKINKAN ANDA TENTANG LATARBELAKANG SYARIKAT YANG KAMI SERTAI. JADI TAK SALAH BUKAN ANDA PUN BEGITU. BERTINDAK SEKARANG DAN YAKINILAH KHASIAT PRODUKNYA"

TEMPAHLAH SEKARANG !!!

 

Nota : Pastikan anda pernah menggunakan Kredit Kad untuk pembelian secara internet sebelum ini. Jika tidak anda perlu menghubungi Bank Kredit Kad anda bagi mengaktifkan kad Kredit bagi pembelian melalui internet. Setiap transaksi Kredit Kad anda akan dikenakan surcaj 3.5%. (Contoh jika harga produk anda beli RM100, kad kredit anda akan dicaj RM103.50)

HAKMILIK TERPELIHARA EDYMIUM2U.NET. 2007 - 2010
Paparan terbaik ialah resolusi 1024 x 768. Microsoft Internet Explorer 5.5 dan keatas.
Penafian : Ini adalah laman web group peribadi, bukannya laman web rasmi syarikat MLM yang disertai. Sebarang perkiraan pendapatan adalah simulasi semata-mata. Faktor kejayaan bergantung kepada usaha individu dan kumpulan. Tiada jaminan pulangan kepada setiap ahli. Tiada mana-mana bahagian didalam laman ini dibenarkan untuk diterbitkan dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran bertulis dari pihak pengurusan EDYMIUM2U.NET © 2010

  Laman Web ini dibangunkan oleh Direktori Usahawan Malaysia Edisi Internet