|
JENIS PERNIAGAAN
Perniagaan ini menjalankan perniagaan membekal dan menjual makanan
mentah dan kering. Perniagaan ini bolehlah dikategorikan sebagai
perniagaan Industri Kecil dan Sederhana (IKS). Perniagaan
ini mengusahakan pembuatan dan menjual makanan ringan seperti kerepek
ubi dan kerepek pisang. Dalam perniagaan ini, pihak syarikat
akan membekalkan dan memasarkan produk-produk kepada pelanggan-pelanggan
yang telah membuat tempahan serta pelanggan-pelanggan tetap antaranya
pasaraya-pasaraya, kedai-kedai runcit, pemborong dan orang perseorangan.
JENIS
PRODUK
Produk yang dikeluarkan oleh Beringin Food's Industry ialah
Kerepek Ubi Masin, Kerepek Ubi Pedas, Kerepek Pisang
Masin, Kerepek Pisang Manis, Rempeyek, Tumpi
Kacang Dal/Hijau, Kuih Siput, Jejari Ikan Bilis dan
Cakar Ayam. Dengan kesungguhan kakitangan seramai 12 orang,
semua permintaan pelanggan akan diuruskan dengan sempurna dan disegerakan.
Apabila tiba hari perayaan contohnya Hari Raya,
pihak Beringin Food's Industry akan menggandakan kakitangannya
dan kerja lebih masa untuk memenuhi permintaan yang meningkat. Ini
kerana tiba hari perayaan, permintaan untuk kerepek ubi dan pisang
akan meningkat. Untuk tidak melepaskan peluang ini, pihak Beringin
Food's Industry berusaha akan tidak mengecewakan pelanggannya
terutamanya yang telah lama berurusan dengan Beringin Food's
Industry.
Pembuat dan pembekal kerepek ubi/pisang
dan makanan kuih-muih tradisional.
 |
Ubi Masin |
 |
Rempeyek |
 |
Keropok Bawang |
 |
Ubi Pedas |
 |
Tumpi Kacang Dal |
 |
Kerepek Dal |
 |
Pisang Masin |
 |
Tumpi Kacang Hijau |
 |
Jejari Ikan Bilis |
 |
Pisang Manis |
|
|
 |
Jejari Ubi |
Beli secara pukal atau runcit. Jika anda berminat untuk membeli
produk kami secara pukal, sila hubungi kami segera.
|