Beringin Food's Industry adalah pembekal kerepek dan makanan ringan yang telah didaftarkan pada 16 Mac 1996. Beringin Food's Industry diusahakan oleh Mohd Sapuan B. Kapiran selaku Pengurus syarikat. Dengan pendaftaran Beringin Food's Industry membuktikan bahawa pihak pengurusan bersedia membuat kerja-kerja membekal, membuat, mengedar dan menjual mengikut permintaan dan keadaan semasa.

Secara kesimpulannya, kami mampu memenuhi permintaan pelanggan mengikut prosedur yang telah dipersetujui. Berdasarkan pengalaman selama 6 tahun di dalam bidang ini. kini Beringin Food's Industry yakin akan kemampuan tersendiri untuk melaksanakan segala urusan yang diamanahkan oleh pihak berkaitan terutamanya pelanggan tetap.

Dibantu oleh 12 orang kakitangan dan seorang kerani yang menguruskan segala pentadbiran pejabat, Beringin Food's Industry bergerak mengikut apa yang dirancangkan. Dengan kemahiran dan keupayaan yang kami miliki ini, Beringin Food's Industry mendapat kepercayaan dari pihak tertentu untuk membekalkan produk kami.Tekan butang dibawah untuk maklumat lanjut.

Hak Milik Terpelihara BERINGIN FOOD'S INDUSTRY 2005.
Member of DIREKTORI USAHAWAN MALAYSIA EDISI INTERNET. (DUMEI.COM)
Laman Web ini dibangunkan oleh DUMEI.COM